MINGGU 10
Penilaian Kemahiran Bahasa
Forum
• Sesi perbincangan melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu tajuk.
• Dijalankan secara formal.
• Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai kerana :
a) pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung
b) meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional.
• Tajuk forum haruslah dipilih dengan mudah, menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar.
• Soalan daripada penonton boleh diajukan kepada para panel untuk mendapatkan ulasan selanjutnya.
Debat
- Pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun.
- Terdapat dua pihak yang akan mengutarakan pendapat masing-masing sama ada pihak pertama terdiri daripada penyokong tajuk dan pihak kedua membangkang tajuk itu.
- Huraian yang dilontarkan mestilah berpandukan kepada fakta.
- Setiap pihak haruslah yakin dan menegakkan fakta yang diutarakan.
- Pihak pemnbangkang boleh mengangkat tangan dan meminta izin laluan untuk memperbetulkan fakta pihak pencadang dan sebaliknya.
· Sesi pengulasan akan dibuat daripada setiap ahli setelah selesai.
Masa yang diberikan untuk sesi berdebat akan ditetapkan.
Masa yang diberikan untuk sesi berdebat akan ditetapkan.
Pidato
• Huraian isi-isi yang melibatkan fakta atau prinsip-prinsip berdasarkan tajuk yang diberikan.
Interaksi satu hala di mana pemidato membentangkan hujah-hujahnya di depan penonton.
Interaksi satu hala di mana pemidato membentangkan hujah-hujahnya di depan penonton.
• Pidato bukan membaca tetapi menerangkan, memberi interpretasi dan menghuraikan idea-idea untuk menguatkan fakta yang diketengahkan.
• Hal ini membolehkan penyampaian isi pidato lebih kukuh kerana adanya fakta beserta contoh yang diberikan.
Pantun
• Pantun adalah merupakan satu bentuk puisi tradisional bersifat peribumi.
• Rangkap-rangkap pantun yang ringkas dan mudah, berbentuk kias ibarat, usik mengusik, dan puji memuji.
• Seperti perumpamaan, bidalan dan rumus-rumus bahasa tersirat.
• Istilah pantun bagi orang melayu seringkali membawa maksud “umpama” dan “ibarat”.
• Pantun juga sering ditukar ganti dengan perumpamaan
• Dari perumpamaan atau bidalan jugalah rangkap pantun berkembang.
• Mulanya 2 baris, kemudian 4 baris dan seterusnya 8 baris.
Sajak
• Sajak merupakan satu bentuk puisi lisan moden lebih bebas berbanding puisi tradisional seperti pantun dan syair.
• Rangkap dan temanya tidak terhad dan bebas.
Baris dan rentak dalam sajak tidak terhad.
Baris dan rentak dalam sajak tidak terhad.
• Pengarang bebas pilih baris dan rentak untuk hasilkan sajak.
• Penggunaan kata dan ungkapan saling berkait dan terjalin erat berdasarkan makna dan irama.
Ceramah
- Ceramah merupakan pengucapan tentang bidang tertentu disampaikan oleh orang yang pakar.
- Penerangan dan penjelasan tentang perkara yang menjadi perbincangan umum, topik disampaikan penceramah kepada penonton.
- Ceramah biasanya diadakan di majlis atau di perhimpunan.
- Antara jenis-jenis ceramah ialah :-
i) Ceramah agama
ii) Ceramah pendidikan
iii) Ceramah kesihatan
iv) Ceramah kesedaran dan sebagainya
Syarahan
- Aktiviti jenis ini berformat khusus. syarahan mestilah mempunyai :
(a) Kata alu-aluan/pendahuluan
(b) Kata-kata penghadapan
(c) Isi
(d) Penutup - Penerangan dan penjelasan tentang tajuk syarahan perlu
disampaikan secara teratur, mantap, dan berkesan. - Isi-isi syarahan perlu berdasarkan fakta-fakta yang tepat berserta
contoh-contoh yang relevan. Isi-isi utama perlulah disokong oleh isi-isi
sampingan. - Sebagai langkah awal syarahan, sediakanlah suatu rangka penulisan untuk dijadikan panduan semasa aktiviti syarahan
Peringkat / Langkah Kemahiran
1) Persediaan
· Memahami tajuk dan kehendak soalan
· Mengumpulkan idea / isi-isi penting tentang tajuk syarahan
· Menyusun idea-idea / isi-isi dan membuat rangka syarahan
2) Penulisan
· Menulis perenggan pendahuluan
· Mengembangkan isi-isi secara tersusun
· Menyatakan kesimpulan/penegasan dalam perenggan penutup
3) Penyemakan
· Menyemak ejaan dan tanda baca.
· Menyemak tatabahasa
· Menyemak jumlah perkataan
No comments:
Post a Comment