- Merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan.
- Satu proses mndapatkan mklumat dan seterusnya mmbuat penghakiman ttg produk sstu proses pendidikan.
- Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran.
- Menilai aktiviti yang dijalankan semasa p&p.
- Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang p&p.
- Mmperbaiki pengajaran-pembelajaran.
Ciri-ciri Pentaksiran Yang Baik
- Keobjektifan – ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa skrip jawapan.
- Kebolehtadbiran – kelicinan dan kerja2 susulan yg dilaksanakan secara berpusat @ berasaskan sekolah.
- Kemudahtafsiran – maklumat ttg calon berdasarkan skor, mendiskriminasikan calon, menepati tujuan mengadakan sesuatu ujian dan pentaksiran.
- Kekomprehensifan – mengandungi soalan2 yg mewakili semua objektif yang penting.
PENGUJIAN
Definisi Ujian
- Tuckman (1975) – ujian ialah satu jenis atau kumpulan alat pengukuran yang biasanya digunakan untuk mengetahui tentang seseorang.
- Gagne (1970) pual mendefinisikan adalah cara yang sistematik untuk mengukur tingkah laku seseorang individu (perkaitan dengan pembelajaran)
- Mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada pada murid-murid dalam perkara-perkara yang hendak diajar.
- Membantu guru mengetahui sejauh manakah murid-murid mereka telah dapat menguasai atau mempelajari akan apa yang telah disampai.
- Bertujuan untuk membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan teman-teman sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah. Ini penting untuk penilaian perpektif pencapaian atau prestasi seseorang individu.
- Membandingkan tingkat pencapaian pelajar dalam suatu bidang subjek dengan bidang lain.
- Untuk menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan juga yang amat lemah dalam pencapaian mereka.
- Untuk membuat jangkaan akan potensi atau bakat pelajar terhadap pembelajaran.
- Membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka.
Jenis-jenis ujian bahasa
- Ujian pencapaian
- Ujian penempatan
- Ujian bakat
- Ujian diagnostik
- Ujian formatif
- Ujian binaan guru
Bentuk-bentuk ujian
- Ujian Objektif
- Ujian Subjektif
Ujian Objektif
- Ujian yang pendek yang melibatkan proses menandakan, membulatkan, menggariskan, mengisi tempat-tempat kosong dan lain-lain gerak balas ringkas.
- Pelbagai jenis item objektif tetapi terdapat satu ciri yang serupa iaitu ia menghidangkan kepada pelajar tugas yang sangat terkawal dan membataskan jenis tindak balas yang boleh dibuat.
- Memerlukan pengambil ujian membuat pilihan atau menentukan jawapan-jawapan yang telah disediakan
- Dalam ujian jenis ini, banyak masa ditumpukan kepada membaca dan berfikir
- Kualiti ujian jenis ini juga bergantung kepada kemahiran dan kebolehan penubuhan bahan ujian
- Ujian ini dengan tepatnya menerangkan tugas-tugas yang diharapkan daripada pelajar-pelajar yang boleh menjadi asas nilaian pencapaian kemahiran bahasa pelajar itu.
- Keadilan sepenuhnya dalam permarkahan
- Padat dan ringkas
Jenis-jenis Ujian Objektif
- Item jawapan pendek
- Item objektif jenis pilihan
- Item aneka pilihan
- Item betul-salah
- Item padanan
- Item key list
- Item aturan terbaik
- Item objektif Kloz
Kebaikan dan Kelemahan Ujian Objektif
Kebaikan
- Mempunyai ojektif ujian tugas calon dan asas penilaian yang jelas dan tepat.
- Tidak menggalakan penipuan.
- Boleh di skor dengan tepat.
- Pemeriksaan boleh dipercayai
Kelemahan
- Kecendurungkan pelajar untuk meneka.
- Tidak dapat mengukur keaslian.
Ujian Subjektif
- Selalunya dibuat dalam bentuk esei dan pelajar-pelajar diminta membuat huraian yang tepat dan jelas terhadap soalan-soalan yang diberi.
- Peluang memberi gerka balas terhadap tulisan mereka sendiri.
- Ujian ini meminta calon membuktikan kefahaman terhadap soalan yang dijawab.
Ciri-ciri Ujian Subjektif
- Pengambil ujian terpaksa merancang dan seterusnya menghasilkan jawapan dengan menggunakan kebolehan bahasanya sendiri.
- Dalam ujian subjektif, pelajar menumpukan banyak masa berfikir dan menulis.
- Kualiti bentuk ujian jenis subjektif bergantung kepada kemahiran pemarkahan jawapan.
- Menjelaskan tugas-tugas yang diharapkan daripada pelajar yang boleh menjadi asas pencapaian kemahiran bahasa mereka.
Jenis-jenis Ujian Subjektif
- Jenis gerak balas terhad
- Jenis gerak balas lanjutan
Kebaikan dan Kelemahan Ujian Subjetif
Kebaikan
- Boleh dibina dengan mudah dan bilangan yang sedikit.
- Mengurangkan tekaan jawapan.
- Potensi mengukur keaslian.
- Nilai potensi diagnostik yang rendah.
- Pemeriksaan kurang dipercayai.
- Tidak boleh diskor dengan mesin dan memerlukan orang yang terlatih.
Langkah-langkah membina
- Menyemak unit-unit yang diajar dan menentukan apa yang harus diuji (Jadual Penentu Ujian)
- Menentukan objektif ujian dan menyediakan rangka ujian.
- Menulis soalan.
- Mentadbir ujian.
- Menganalisa keputusan
- Menilai pengajaran.
- Menjalankan aktiviti-aktiviti pemulihan.
PENILAIAN
- satu aktiviti atau proses yang brsistematik bagi mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajran.
- Terdapat dua proses penilaian iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif.
- Ialah untuk mendapatkan maklum balas berhubung dengan kemajuan proses pengajaran oleh guru dan pembelajaran oleh murid.
- Maklum balas ini akan memberi petunjuk-petunjuk kejayaan serta kelemahan-kelemahan murid untuk diperbetulkan.
- Oleh kerana penilaian formatif ini bertujuan untuk membantu dan memperbaiki proses, keputusan penilaian biasanya tidak digunakan untuk pemeringkatan atau perbandingan di antara seseorang murid dengan murid lain.
- Bertujuan untuk mengesan secara menyeluruh taraf pencapaian murid di akhir sesuatu pembelajaran.
- Matlamat utama penilaian jenis ini ialah untuk memberi markah atau gred kepada seseorang murid supaya dapat membandingkannya dengan markah murid lain dalam kumpulannya.
Cara Melaksanakan Penilaian
- Terdapat dua cara melaksanakannya :
1.Informal-Seperti pemerhatian, soal jawab lisan atau kuiz.
2.Formal-Seperti ujian pensel dan kertas. - Dalam ujian pensel dan kertas pelbagai jenis soalan hendaklah digunakan.
- Semua aspek perkembangan murid yang merangkumi bidang-bidang kognitif, efektif dan psikomotor akan dinilai selaras dengan kehendak komponen-komponen kurikulum.
- Semua aktiviti penilaian hendaklah direkodkan supaya penganalisaan prestasi murid-murid dapat dibuat dan kerja-kerja susulan dapat dirancangkan.
- Dua jenis rekod perlu disimpan bagi setiap orang murid, iaitu rekod prestasi dan rekod profail.
- Rekod prestasi akan menunjukksn pencapaian & rekod profail akan menunjukkan perkembangan pembelajaran serta minat keseluruhan murid-murid dari semasa ke semasa.
No comments:
Post a Comment