DEFINISI
Taksonomi
Istilah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma
hidup berdasarkan persamaan dan perbezaan sifat organisma itu.
hidup berdasarkan persamaan dan perbezaan sifat organisma itu.
ruj. : Kamus Pelajar Edisi Kedua
Kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dlm pengelasan organisma hidup berdasarkan persamaan dan perbezaan sifat organisma itu.
Ruj. : Kamus Dewan Edisi Empat
Taksonomi (daripada kata kerja bahasa Greek tassein = "untuk mengelaskan" dan nomos = undang-undang, sains, cf "ekonomi") merujuk kepada:
> sains pengelasan hidupan (sila lihat taksonomi alfa)
> sistem pengelasan dalam sebilangan bidang yang lain.
Pada suatu masa, taksonomi hanya merujuk kepada sains pengelasan organisma hidup tetapi kemudian, perkataan itu digunakan untuk erti yang lebih luas, dan boleh juga merujuk kepada pengelasan barang-barang, atau prinsip-prinsip pengelasannya. Hampir semua benda, objek bernyawa, objek tak bernyawa, tempat, dan peristiwa, boleh dikelaskan menurut skim taksonomi.
Ruj. : Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
PENGENALAN TAKSONOMI
ü Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisa bidang-bidang pendidikan. Ia berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan,kesikapan dan psikomotor.
ü Terdapat tiga domain utama dalam pendidikan iaitu :-
Domain Kognitif
|
melibatkan perkembangan pemikiran pelajar.
|
Domain Afektif
|
melibatkan perkembangan sikap dan nilai pelajar
|
Domain Psikomotor
|
melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar
|
Definisi domain menurut kamus dewan bahasa edisi keempat :
1. kawasan yg dimiliki (dikuasai, di tadbirkan dsb) oleh seseorang atau sesuatu pihak,
kawasan kekuasaan, mandala: dia tidak akan keluar dr ~ kekuasaan itu;
2. lapangan atau bidang (spt kegiatan, pe-mikiran, pengetahuan dsb), mandala: tum puan
hanya akan diberikan kpd perspektif pendidikan dan penerbitan buku dlm ~ sains dan
teknologi sahaja; ruang bagi tiap-tiap bidang atau ~ itu hendaklah dinyatakan secara
eksplisit;
3. (Komp) kumpulan medan bagi fail dlm model sistem pengurusan pangkalan data;
4. (Komp) kawasan liputan bagi masalah yg hendak diselesaikan.
1. kawasan yg dimiliki (dikuasai, di tadbirkan dsb) oleh seseorang atau sesuatu pihak,
kawasan kekuasaan, mandala: dia tidak akan keluar dr ~ kekuasaan itu;
2. lapangan atau bidang (spt kegiatan, pe-mikiran, pengetahuan dsb), mandala: tum puan
hanya akan diberikan kpd perspektif pendidikan dan penerbitan buku dlm ~ sains dan
teknologi sahaja; ruang bagi tiap-tiap bidang atau ~ itu hendaklah dinyatakan secara
eksplisit;
3. (Komp) kumpulan medan bagi fail dlm model sistem pengurusan pangkalan data;
4. (Komp) kawasan liputan bagi masalah yg hendak diselesaikan.
> Dalam tahun 1956, Pr. Benjamin Bloom, daripada Universiti of Chicago, memperkenalkan
Taksonomi Objektif Pendidikan ( Taxonomy Of Educational Objectives) yang termasyhur
itu.
Taksonomi Objektif Pendidikan ( Taxonomy Of Educational Objectives) yang termasyhur
itu.
> Taksonomi Objektif Pendidikan menyediakan satu kerangka untuk keseluruhan panorama
objektif pendidikan. Taksonomi ini menyediakan satu skema kemahiran yang bertingkat-
tingkat(hierarki).
objektif pendidikan. Taksonomi ini menyediakan satu skema kemahiran yang bertingkat-
tingkat(hierarki).
> Keseluruhan Objektif Pendidikan ini terbahagi kepada tiga domain yang besar iaitu:
1. Kognitif
2. Afektif
3. Psikomotor
KAWASAN KOGNITIF
Bloom membahagikan domain kognitif kepada enam tahap. Domain ini terdiri
dari dua tahap iaitu:
dari dua tahap iaitu:
1. Pengetahuan
2. Kemampuan dan Keterampilan Intelektual
Huraian mengikut tahap.
TAHAP 1 - PENGETAHUAN
> Pengetahuan merupakan aspek kognitif yang paling rendah tetapi paling mendasar.
> Berasaskan kemampuan untuk mengenali dan mengingat peristilahan, definisi, fakta-fakta,
gagasan, pola, urutan, metodologi, prinsip dasar, dan sebagainya.
gagasan, pola, urutan, metodologi, prinsip dasar, dan sebagainya.
> Contohnya :
Apakah yang dimaksudkan dengan isyarat ini?
> Pengingatan semula hanya melibatkan menerbitkan kembali kepada fikiran kita perkara
atau benda yang disoal itu. Kemahiran mental yang ditekan di sini hanyalah proses
mengingat semula.
atau benda yang disoal itu. Kemahiran mental yang ditekan di sini hanyalah proses
mengingat semula.
a. Pengetahuan secara spesifik
b. Pengetahuan tentang cara dan kaedah mengendalikan perkara spesifik
c. Pengetahuan umum (universal) dan abstrak dalam sesuatu bidang
> Istilah: Nyatakan, terangkan, namakan, labelkan.
TAHAP 2 - KEFAHAMAN
> Pada aras ini, pengetahuan tentang fakta, teori, kaedah dan sebagainya adalah dianggap
telah dikuasai, dan seseorang diuji sama ada dia memahaminya atau tidak pengetahuan itu.
> Terdapat 3 tahap dalam pemahaman iaitu :telah dikuasai, dan seseorang diuji sama ada dia memahaminya atau tidak pengetahuan itu.
Translasi
|
Interpretasi
|
Ekstrapolasi
|
Mengubah simbol tertentu menjadi simbol lain tanpa perubahan
makna. Misalkan simbol dalam bentuk kata-kata diubah menjadi gambar
|
Pentafsiran, penjelasan (tentang makna, tujuan, implikasi, dsb sesuatu) Contohnya, sesesorang itu telah mengetahui konsep mengenai “motivasi kerja” dan dia telah dapat membezakannya dengan konsep
“motivasi belajar”
|
Proses menggunakan logik atau fakta bagi menganggarkan kemungkinan berlakunya sesuatu pd masa depan: pengitlakan semesta sains mesti dilihat sbg suatu ~; mengekstrapolasi melakukan atau membuat ekstrapolasi.
|
> Contohnya :
· Apakah mesej papan tanda ini dan nyatakan sebab.
TAHAP 3 - PENYERAPAN (APLIKASI)
> Pada aras ini, seseorang diperlukan mengaplikasikan pengetahuan dan
pemahamannya kepada situasi yang baru.
pemahamannya kepada situasi yang baru.
> Menggunakan pengetahuan yang ada untuk menyelesaikan masalah atau menerapkan pengetahuan dalam kehidupan sehari-hari.
> Seseorang dikatakan menguasai kemampuan ini jika ia dapat memberi contoh, menggunakan, mengklasifikasikan, memanfaatkan, menyelesaikan dan mengenalpasti hal-hal yang sama.
> Penggunaan idea-idea umum, peraturan-peraturan, atau kaedah-kaedah umum pada situasi yang baru. Ia boleh melibatkan prinsip-prinsip yang teknikal, idea-idea, dan teori-teori yang mesti diingat, difahami dan diguna semula pada situasi yang baru.
> Contoh :
· Bolehkah anda berhenti pada tanda ini?
> Istilah: selesaikan, ramalkan, cari, kesilapan, bina alat.
TAHAP 4 - ANALISIS
> Analisis memerlukan seseorang itu memecahmecahkan fakta yang diberi kepada bahagian-
bahagian atau elemen-elemen supaya pertalian di antara mereka dapat diperjelaskan.
bahagian atau elemen-elemen supaya pertalian di antara mereka dapat diperjelaskan.
> Contoh: Jika anda adalah seorang pegawai polis yang ditugaskan untuk menyelidik suatu kejadian kemalangan jalan raya, apakah maklumat yang anda sepatutnya kumpulkan untuk
membuat laporan?
> Analisis mencerakinkan bahan yang disampaikan kepada bahagian-bahagian atau elemen-membuat laporan?
elemen supaya hierarki bahagian-bahagian itu dan pertalian di antara mereka dapat
diperjelas atau menjadi nyata.
> Pencerakinan begini dalah bertujuan untuk memperjelaskan lagi apa yang hendak
disampaikan, dan untuk menyatakan bagaimana maklumat yang disampaikan itu telah
disusun, dan juga untuk menunjukkan bagaimana ia diatur untuk memberi kesan yang
dikehendaki, dan menerangkan asas bagi penyusunan tersebut.
> Terdapat 3 jenis analisis
> Istilah: Bezakan, pasti, pilih.
TAHAP 5 - SINTESIS
> Pada peringkat ini, anda dikehendaki untuk menggunakan fakta, maklumat dan pengalaman yang ada untuk menyatukannya menjadi satu laporan, alasan, pelan, atau
penghujahan yang teratur dan sistematik.
> Sintesis mencantumkan semula elemen-elemen atau bahagian-bahagian supaya menjadi
satu tubuh kembali. Ini melibatkan proses bekerja dengan bahagian-bahagian, elemen-
elemen atau unsur-unsur dan proses mengatur, menyusun dan mencantum supaya ia
membentuk satu pola atau struktur yang dahulunya tidak jelas kelihatan.
> Bloom mengemukakan 3 jenis analisis iaitu
· Menganalisis unsur
· Menganalisis hubungan
· Menganalisis prinsip-prinsip organisasi
> Contoh : Sebagai seorang pegawai polis, anda telah mengumpul maklumat tentang suatu
kejadian kemalangan jalan raya. Sediakan satu laporan tentang kejadian tersebut
untuk dibawa ke mahkamah.
kejadian kemalangan jalan raya. Sediakan satu laporan tentang kejadian tersebut
untuk dibawa ke mahkamah.
> Istilah: Bina, hasilkan, susun, kembangkan.
TAHAP 6 - PENILAIAN
> Penilaian ialah pertimbangan yang dibuat tentang nilai sesuatu bahan atau nilai sesuatu
kaedah bagi sesuatu tujuan.
> Ia termasuk pertimbangan kualitatif dan kuantitatif tentang sejauh mana bahan atau kaedah
itu memenuhi satu set kriteria.
itu memenuhi satu set kriteria.
> Kriteria pula boleh yang telah ditetapkan atau yang dibina sendiri.
> Memerlukan kepada penulisan yang logik dan sistematik, kaedah penyelidikan yang sah,
interpretasi data yang logik, dan pertimbangan yang adil.
interpretasi data yang logik, dan pertimbangan yang adil.
· Pertimbangan yang merujuk kepada kriteria dalaman
· Pertimbangan yang merujuk kepada kriteria luaran
> Istilah: Pilih, berikan alasan, kritikan, buktikan.
KAWASAN AFEKTIF
Kawasan afektif iaitu kawasan yang berkaitan aspek-aspek emosional, seperti perasaan, minat, sikap, kepatuhan terhadap moral dan sebagainya, Dominan ini terdiri daripada :
1. Penerimaan (receiving/attending)
Kawasan penerimaan diperinci ke dalam tiga tahap, iaitu :
Kawasan penerimaan diperinci ke dalam tiga tahap, iaitu :
ü Kesediaan untuk menerima (awareness)
ü Keinginan untuk menerima (willingness to receive),
ü Mengawal dan memberi perhatian (controlled or selected attention)
2. Sambutan (responding)
Memberikan respon terhadap ransangan, yang meliputi proses seperti berikut:
Memberikan respon terhadap ransangan, yang meliputi proses seperti berikut:
ü Kesediaan untuk bertindak balas (acquiescene of responding)
ü Kemahuan untuk bertindak balas (willingness to respond)
ü Kepuasan dalam bertindak balas (satisfaction in response)
3. Penilaian (valuing)
Pada tahap ini sudah timbul proses internalisasi untuk memiliki dan menghayati inilai dari ransangan
yang dihadapi. Penilaian tebahagi kepada empat tahap iaitu :
Pada tahap ini sudah timbul proses internalisasi untuk memiliki dan menghayati inilai dari ransangan
yang dihadapi. Penilaian tebahagi kepada empat tahap iaitu :
ü Menerima nilai (acceptance of value)
ü Memilih keutamaan untuk menilai (preference for a value)
ü Komitmen iaitu kesetujuan terhadap suatu nilai dengan alasan-alasan tertentu yang muncul dari rangkaian pengalaman.
ü Komitmen ini dinyatakan dengan rasa senang, kagum, terpesona
4. Organisasi (organization)
Tahap ini bukan hanya melibatkan menginternalisasi satu nilai tertentu seperti pada tahap komitmen,
tetapi melihat beberapa nilai yang relevan untuk disusun menjadi satu sistem nilai. Proses ini dibentuk
dalam dua tahap, iaitu :
Tahap ini bukan hanya melibatkan menginternalisasi satu nilai tertentu seperti pada tahap komitmen,
tetapi melihat beberapa nilai yang relevan untuk disusun menjadi satu sistem nilai. Proses ini dibentuk
dalam dua tahap, iaitu :
ü Konseptualisasi nilai
ü Pengorganisasian sistem nilai
5. Perwatakan (characterization)
Perwatakan iaitu kemampuan untuk menghayati atau mempribadikan sistem nilai. Hal ini bermaksud,
ianya bersifat fleksibel. Pada tahap perwatakan, sistem itu selalu konsisten. Proses ini terdiri
daripada dua tahap, iaitu :
Perwatakan iaitu kemampuan untuk menghayati atau mempribadikan sistem nilai. Hal ini bermaksud,
ianya bersifat fleksibel. Pada tahap perwatakan, sistem itu selalu konsisten. Proses ini terdiri
daripada dua tahap, iaitu :
ü Generalisasi, yaitu kemampuan untuk melihat suatu masalah dari suatu
sudut pandang tertentu.
ü Karakterisasi, yaitu mengembangkan pandangan hidup tertentu yang memberi corak
tersendiri pada kepribadian diri yang bersangkutan.
tersendiri pada kepribadian diri yang bersangkutan.
KAWASAN PSIKOMOTOR
Kawasan psikomotor iaitu kawasan yang berkaitan dengan aspek-aspek keterampilan yang melibatkan fungsi system syaraf dan otot (neuronmuscular system) dan fungsi psikis. Kawasan ini mempunyai 5 aras seperti berikut:
Persepsi
|
Ia adalah proses menjadikan seseorang itu mengetahui atau sedar tentang objek , kualiti dan hubungan-hubungan melalui alat-alat deria. Hal ini melibatkan tiga perkara iaitu ransangan deria, pemilihan tanda saran,dan terjemahan
|
Set
|
Set adalah satu kesediaan untuk sesuatu jenis tingkah laku atau pengalaman. Set ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu set mental, set fizikal dan set emosional.
|
Gerakan terbimbing
|
Ia adalah satu langkah permulaan dalam membentuk kemahiran.tindak balas terbimbing adalah tindakan pelakuan seseorang individu yang nyata bawah bimbingan seorang tenaga pengajar. Ada dua kategori yang berhubung dengan perkara ini iaitu ‘meniru’ dan ‘cuba dan ralat’
|
Mekanisme
|
Tindak balas yang telah dipelajari menjadi habitat. Ia melibatkan beberapa tindak balas dalam melaksanakan tugas itu. Kebolehan- kebolehan digabungkan untuk mendapatkan kemahiran itu.
|
Gerak balas nyata yang kompleks.
|
Pada peringkat ini, seseorang itu boleh melakukan satu tindakan motor yang dianggap kompleks kerana satu kadar kemahiran yang tinggi telah pun dicapai. Ada dua kategori lain yang berkaitan dengan perkara ini iaitu ketetapan ketidakpastian(tindakan itu dilakukan tanpa ragu-ragu untuk mendapatkan satu gambaran rangkaian tugasan) dan pelakuan automatik( seseorang boleh melakukan satu koordinasi kemahiran motordan mengerjakannya dengan mudah sekali).
|
DOMAIN KRATWOHL (DOMAIN AFEKTIF)
Krathwohl dan rakan-rakan, (1964) adalah antara penyelidik yang julungkali menggunakan terminologi ‘afektif’ (affective) dalam memperkenalkan satu lagi domain penting dalam hidup manusia. Ia digunakan sebagai satu lagi objektif pengajaran di samping aras-aras yang terdapat dalam domain kognitif yang telah diperkenalkan oleh Bloom dan rakan-rakan pada tahun 1956. Krathwohl mengkategorikan domain afektif kepada beberapa bahagian iaitu :
1. Penerimaan
> Penerimaan merupakan satu bentuk kesediaan atau penerima sesuatu yang ingin disampaikan. Individu tidak akan menolah ransangan. Tindakan adalah terhad.
2. Gerak balas
> Seseorang akan bertindak balas kepada ransangan yang diterima disebabkan dia mempunyai motif tersendiri untuk berbuat demikian. Motif ini adalah motif ingin tahu. Tindak balas ini akan melahirkan rasa kepuasan dalam diri individu berkenaan. Gerak balas pada mulanya atas arahan terpaksa dan akhirnya akan menjadi kepuasan.
3. Penilaian
> Seseorang itu memahami nilai sesuatu perbuatan yang dilakukan kepada masyarakat. Nilai atau motif ini boleh dianggap motif luaran atau menjadi landasan kepada setiap individu.
> Jenis penilaian:
· penerimaan semua nilai yang menjadi landasan kepada penerimaan
· pemilihan nilai tertentu dari nilai-nilai yang didedahkan kepada landasan
pendiriannya
pendiriannya
· komitmen memegang teguh kepada sesuatu kepercayaan (satu set nilai) yang
menjadi landasan pendirian dan menerima cabaran
menjadi landasan pendirian dan menerima cabaran
4. Organisasi
> Seseorang itu boleh menyusun semula sesuatu nilai kepada suatu set susunan yang sistematik. Pengkonsepsualisasikan nilai-nilai dan membentuk pertalian di antaranya dan menyusun nilai-nilai konsep itu.
5. Perwatakan
> Seseorang itu mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya
sebagai satu cara hidup.
sebagai satu cara hidup.
RUJUKAN
Internet
Buku
Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (2003). Pedagogi Untuk Asas Pendidikan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
pengisian dan maklumat baik. Bantuan grafik, jadual dsb memudahkan pemahaman-Pn Mazura
ReplyDelete